cuaca: hujan lebat yang sedap untuk tido petang2.
mood: kenyang lepas tibai big mac sorang2..
alhamdulillah, after lebih kurang 5 bulan kerja dengan planning firm ni, akhirnya jawatan aku dah disahkan..
dalam surat perlantikan dulu, ada bagitau tempoh untuk sahkan kerja between 3-6 bulan..so, dalam bulan ke5 ni, jawatan aku dh disahkan..dan yang paling happy, mesti la gaji naik lagi..alhamdulillah..dalam tempoh 5 bulan kerja, 2x gaji naik..terima kasih Tuhan..
setakat ni kerja dengan firm ni, alhamdulillah...banyak benda yang aku belajar..siyes, dulu time study, sungguh2 aku x nk kerja dalam bidang planning..konon2 nak appy jadi cekgu..apa yang aku x nak semua aku dapat..contohnya aku x nak amek science course time form 6, tapi science jugak yang aku amek..dan science course form 6 memang sangat2 susah! pastu, bersungguh2 aku x nk kerja dalam bidang planning, hambek ko, kerja jugak dalam planning..Tuhan itu Maha Berkuasa..boleh x cakap 'aku x nak kawen awal'? nanti tetibe aku kawen awal..hahahha..gatal!!!
dalam minggu lepas, time tu tengah urut2kan kaki abah..
.
.
.
abah: ko x ada apply kerja government ke?
aku: ada gak apply, tapi majoriti jawatan sementara, jawatan dibekukan laa..
payah kan nak dapat kerja government..so, sapa yang dh duduk kerja bawah government tu, bersyukur la kamu-kamu semua..yang kerja under private pon bersyukur la jugak, sebab kt luar sana ramai lagi yang menganggur..setiap orang ada rezekinya masing2..cuma lambat atau cepat je rezeki tu sampai..
so, sementara kerja under firm ni, kadang2 rajin jugak menggoogle jawatan kosong..kerja dgn firm ni untuk carik pengalaman dulu..ye la, pi interview mana2 firm pon mesti tanya pengalaman kan..tak ada pengalaman, memang payah la nak dapat kerja melainkan ada 'kabel' besar..
teringat kata2 cekgu zaman aku form 6 dulu ''rajin2 la bersosial dengan orang2 yang ada pengaruh kuat ni, sebab zaman sekarang ni semua orang nak pakai 'kabel'..."
aku pakai kabel handphone boleh laa..
so, aku berharap ada la satu jawatan under government yang dah ditakdirkan Tuhan untuk aku..sapa yang tak nk kerja government..dapat bonus..terjamin masa depan..
mudah-mudahan ada la rezeki itu untuk aku..
aminn..
mari amalakan ayat seribu dinar ni lepas solat..insyaallah, dimurahkan rezeki kita..
AMIN
=)